DOMINOHALO
LightBlog
HALOTOTO
LightBlog

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, June 8, 2018

10 maut, pesawat terhempas di Kenya




NAIROBI: Kesemua 10 penumpang sebuah pesawat kecil yang mana bangkainya ditemui di tengah Kenya dua hari selepas ia dilaporkan hilang, terbunuh dalam insiden itu, kata kerajaan dan syarikat penerbangan hari ini. 

Setiausaha Pertama Kementerian Pengangkutan, Paul Maringa berkata, berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, malangnya tiada penumpang terselamat dalam nahas itu.

"Keluarga penumpang dan kru sudah dimaklumkan dan sebagai sebuah kementerian, kami sangat sedih insiden ini terjadi dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata Maringa.

Sebuah helikopter peninjau mengesan bangkai pesawat Cessna milik syarikat penerbangan FlySAX berhampiran bandar Njabini terletak di pinggir pergunungan Aberdares awal pagi ini. 

Pasukan mencari dikerahkan ke lokasi kejadian. 

"Dengan berat hati, saya menerima maklumat tiada mangsa yang hidup dalam insiden terbaharu," kata Pengerusi FlySAX, Charles Wako kepada media Weston Hotel selepas memberi taklimat kepada keluarga mangsa yang berkumpul di pusat krisis. 

Pesawat itu, dikendalikan East African Safari Air Express, berlepas dari bandar barat Kitale lewat tengah hari Selasa lalu. 
Pesawat terbabit hilang dari radar di Lapangan Terbang Antarabangsa Nairobi, destinasi terakhirnya, kira-kira 80 minit kemudian, kata pemiliknya dalam satu kenyataan. -AFP  


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot